Skip to main content
CSR Community

Top Global (CSR) Bersama Jemaah Masjid Muazd Bin Jabal (Majlis Ta’lim Bersama Habib Ali Zainal Abidin) Sempena Ulang Tahun Ke-3 AGTG

By 25/08/2023December 26th, 2023No Comments

Kuala Lumpur, 25 OGOS 2023: Ayam Gepuk Top Global, menyambut ulang tahun yang ke -3 bersama-sama masyarakat. Kami menganjurkan Tanggungjawab Sosial Korporat. Jalinan Kasih adalah nama program CSR ulang tahun kami kali ini. la merupakan salah satu inisiatif kemasyarakatan di bawah Program Komuniti Ayam Gepuk Top Global, yang bertujuan mewujudkan impak positif dalam kalangan Masyarakat.

Program komuniti Ayam Gepuk Top Global kali ini,kami berkongsi rezeki bersama-sama jemaah di masjid. Kami menyediakan sebanyak 300 set Ayam Gepuk Top Global. Kami juga turut serta untuk mengikuti lagi majlis Ta’lim yang diadakan.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada pihak Majlis Ta’lim Bersama Habib Ali Zainal Abidin yang memberi peluang kepada kami berkongsi rezeki bersama jemaah. Ribuan terima kasih kerana telah mengadakan program ilmu agama yang bermanfaat untuk masyarakat.