Skip to main content
CSR Community

Program Social Experiment Top Global Malaysia Untuk Ulang Tahun Ke-3 AGTG

By 24/08/2023December 26th, 2023No Comments

Kuala Lumpur, 24 OGOS 2023: Ayam Gepuk Top Global, menyambut ulang tahun yang ke-3 bersama- sama masyarakat. Kami menganjurkan Tanggungjawab Sosial Korporat. Jalinan kasih adalah nama program CSR ulang tahun kami pada kali ini. la merupakan salah satu inisiatif kemasyarakatan di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat Ayam Gepuk Top Global, yang bertujuan mewujudkan impak positif dalam kalangan masyarakat.

Ayam Gepuk Top Global kali ini dijalankan di sekitar kotaraya Kuala lumpur. Bermula dari jam 12.00 tengahari kami berada di hadapan Sogo, Kuala Lumpur untuk memberi peluang kepada mereka untuk menilai dan memberi peluang untuk merasa sambal dari Ayam Gepuk Top Global.

Kami menyediakan tiga jenis sambal iaitu Sambal Pedas, Sambal “Extra” Pedas dan Sambal Biasa, kami juga menyediakan kicap untuk penyedap rasa. Kebanyakkan mengatakan sambal Ayam Gepuk Top Global sedap dan markah yang tinggi sekitar 8 hingga 10 dari segi rasa.

Objektif eksperimen sosial ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai berkenaan Ayam Gepuk Top Global. Kumpulan kami sendiri turun padang untuk memberi mereka rasa dan memberitahu berkenaan kewujudan Ayam Gepuk Top Global.

Kesimpulannya, program eksperimen sosial ini dapat memberi impak yang baik kepada Ayam Gepuk Top Global. Bersandarkan ini, kami telah mengorak langkah untuk mengukuhkan usaha berasaskan komuniti dan memacu perubahan bermakna untuk legasi positif yang berkekalan.