Skip to main content
CSR Community

Kongsi Rezeki Bersama Gelandangan Di Lorong Chow Kit Kuala Lumpur

By 19/08/2023December 26th, 2023No Comments

Kuala Lumpur, 19 OGOS 2023: Ayam Gepuk Top Global, menyambut ulang tahun yang ke -3 bersama-sama masyarakat. Kami berkongsi rezeki bersama gelandangan di Chow kit. Jalinan Kasih adalah nama program ulang tahun kami kali ini. la merupakan inisiatif kemasyarakatan bersama Ayam Gepuk Top Global, yang bertujuan mewujudkan impak positif dalam kalangan Masyarakat.

Ayam Gepuk Top Global sentiasa komited untuk memenuhi aspirasi Tanggungjawab Sosial Korporat kami dengan menyumbang kepada pelbagai pertubuhan amal dan kebajikan. Ribuan pihak yang memerlukan termasuk keluarga dan masyarakat telah mendapat manfaat daripada sumbangan kami.

Selaras dengan agenda kemampanan Ayam Gepuk Top Global dalam pembangunan bangsa, kami berhasrat untuk mencipta nilai dalam komuniti setempat melalui inisiatif dan program berasaskan komuniti, selaras dengan semangat Top Global iaitu membantu satu sama lain terutama golongan yang memerlukan.

Melalui program ini, Ayam Gepuk Top Global berkongsi rezeki bersama mereka. Kami menyediakan Set Makanan Ayam Gepuk Top Global, air mineral serta kek untuk anak-anak untuk meraikan ulang tahun kami yang ke-3.

Program ini mencerminkan komitmen kami yang teguh untuk memberi impak positif kepada komuniti dengan membantu mereka yang memerlukan. Sejajar dengan nilai kami sebagai perusaha restoran makanan Islam yang bertanggungjawab dan prihatin. la adalah mengenai impak yang dicipta, perubahan yang dilakukan dalam kehidupan individu dan komuniti serta warisan yang ditinggalkan untuk generasi masa depan. Bersandarkan ini, kami telah mengorak langkah untuk mengukuhkan usaha berasaskan komuniti dan memacu perubahan bermakna untuk legasi positif yang berkekalan.