Skip to main content
CSR Community

Top Global (CSR) Bersama Anak-anak Orang Asli Semenanjung Malaysia Untuk Ulang Tahun Ke-3 AGTG

By 15/08/2023February 6th, 2024No Comments

Kuala Lumpur, 15 OGOS 2023: Ayam Gepuk Top Global, menyambut ulang tahun yang ke -3 bersama-sama masyarakat. Kami menganjurkan Tanggungjawab Sosial Korporat. Jalinan Kasih adalah nama program CSR ulang tahun kami kali ini. la merupakan salah satu inisiatif kemasyarakatan di bawah Program Komuniti Ayam Gepuk Top Global, yang bertujuan mewujudkan impak positif dalam kalangan Masyarakat.

Program komuniti Ayam Gepuk Top Global bukan hanya berkongsi rezeki dengan mereka, kami juga turut melakukan aktiviti yang bermanfaat dan meninggalkan kesan positif pada pelanggan.

Selaras dengan agenda kemampanan Ayam Gepuk Top Global dalam pembangunan bangsa, kami berhasrat untuk mencipta nilai dalam komuniti setempat melalui inisiatif dan program berasaskan komuniti, selaras dengan semangat Top Global iaitu membantu satu sama lain terutama golongan yang memerlukan.

CSR yang dijalankan oleh Ayam Gepuk Top Global pertama kali dilaksanakan pada 2023 dan ia sarat dengan aktiviti menarik bersama pelajar. Program yang kami lakukan, dapat kami melihat senyuman kegembiraan pelajar yang telah menjadikan motivasi kepada kami untuk meneruskan inisatif ini.

Kesimpulanya, kami menganjurkan Program Jalinan Kasih telah melibatkan seramai 40 orang pelajar dari Asrama Anak-Anak Asli Semenanjung Malaysia. Kami juga mengadakan latihan dalam kumpulan bersama mereka. Aktiviti CSR ini adalah salah satu cara kami mendekati diri bersama pelanggan dan masyarakat , dan program ini selaras dengan matlamat kami untuk memupuk sifat penyayang antara satu sama lain. Ayam Gepuk Top Global akan sentiasa berada di hadapan dalam menyemai amalan saling membantu, dan kami akan terus menyokong inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat.